Selamat datang ke blog redhamu ku cari, semoga kandungan blog ini dapat memimpin muslimin dan muslimat ke jalan kebenaran. Dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali. Oleh itu marilaha kita beribadat supaya kita tergolong dikalangan yang orang yang di redhai-Nya.

Tuesday, October 14, 2014

FENOMENA GERHANA BULAN

KEAJAIBAN AL QURAN: GERHANA BULAN

bulan darah

















Pada waktu Maghrib,  Rabu 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.

Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.

Untuk fenomena gerhana bulan Oktober ini nanti, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya kita di Malaysia akan dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

 Semenanjung Malaysia

Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.
Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).

Wednesday, April 14, 2010

Aira Mata Insan Mana Nilainya..........

Pernahkah anda menangis, apakah punca dan sebabnya. Sebagai manusia menangis adalah fitrah semulajadi bagikita kerana tangisan kadang-kadang dapat memberikan kita kelegaan ketika kita berada dalam keadaan runsing. Tangisan dan ketawa adalah sesuatu yang Allah jadikan untuk kita. Saya telah melihat banyak air mata mengalir di dunia ini umpamanya diri saya sendiri. Air mata saya akan mengalir sendiri apabila berada dalam situasi hiba dan sedih. Selain itu air mata saya juga akan mengalir jika teringat kedua ibu bapa saya maklumlah saya mencari nafkah di rantau orang. Terkadang saya terfikir mata yang kecil ini tidak pernah kering dengan air mata. Begitulah agungnyua ciptaanmu untuk kami yan Allah.

Menurut Ibn Qayyim ada beberapa jenis tangisan di kalangan kita. Antaranya ialah :

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2. Menanangis kerana rasa takut
3. Menangis kerana rasa cinta
4. Menangis kerana gembira
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
6. Menangis kerana terlalu sedih
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
10.Menangis orang munafiq yakni purakerana takut kepada azab Allah-pura menangis

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja pada mata kita tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana kita takut kepaada Allah. Kita menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan bila kita takut kepadaa azab Allah juga sangat bernilai disisi-Nya. Ini adalah kerana tangisan tersebut mampu memadamkan api neraka.

Ada juga tangisan yang tidak bernilai disi Allah , malah kadangk mendapat kemurkaan Allah. Antaranya ialah:-

1. Menangis tengok filem Hindustan
2. Menangis sehingga meratap dan memukul badan
3. Merobek pakaian apabila da kematian

Oleh marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dam memastikan bahawa selepas membaca artikel ini air mata yang diitiskan hanyalah untukmu ya Rabbi.

Friday, April 2, 2010

Kiblatmu dimana ......?


Isu kiblat orang Islam pernah menjadi topik perbincangan dalam laman web "Sabah Forum". Banyk jawapan yang diberikan tetapi tidak dapat memuaskan hati si penanya. Lalu saya terpanggil untuk menulis artikel tentang kiblat.

Perkataan kiblat itu memang selalu didengar oleh umt Islam. Akan tetapi apabila diajukan soalan kenapa umat Islam mesti solat mengadap kiblat ramai tidak mampu untuk menjawab dengan baik. Situasi ini membolehkan orang kafir memperlekehkan umat Islam. Oleh itu umat Islam bangunlah berjihad dan jangan biarkan agama Islam di hina.

Kiblat atau dieja qiblat, merujuk kepada arah Kaabah yang menjadi titik arah sembahyang bagi orang Islam. Pada mulanya kiblat mengarah ke Baitul Muqaddis atau Jerusslam, namun pada tahun 624 diganti menjadi mengarah ke Kaabah di Mekah.

Ya saudara-saudaraku! Menurut Ibn Kathir pada mulanya Nabi menghadap ke Masjidil Agsa selama berbelas bulan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. Namun orang kafir itu tidak juga lembut dan suka kepada Islam. Maka bertambah-tambahlah dihati rasulullah s.a.w sukakan kiblat tok neneknya Nabi Ibrahim iaitu Kaabah. Oleh itu Nabi sering solat diantara dua sudut Kaabah sehingga Kaabah berada diantara beliau dan Baitul Muqaddis. Dengan demikian beliau solat sekaligus mengadap Baitul Muqaddis dan Kaabah.

Setelah hijrah ke Madinah hal tersebut tidak mungkin berlaku lagi. Beliau solat menghadap Baitul Muqaddis seperti yang diperintahkan. Semasa solat beliau sering memandang ke langit menanti wahyu turun agar Kaabah di jadikan kiblat solat. Maka Allah pun mengabulkan permintaannya dengan menurunkan ayat 144 surah al Baqarah:

Sesungguhny Kami (sering) melihat mukamu sering memandang ke langit, maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah muka mu ke Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berasa maka palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberkan kepadanya Al - Kitab ( Taurat dan Injil) memang mengetahui bahawa berpaling ke Masjidil Haram adalah benar dari Tuhannya. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.( Maksunya ialah Nabi Muhammad sering melihat ke langit dan ternanti-nanti turunnya wahyu yang memerintahkan beliau mengadap ke Baitullah.

Dengan turunnya ayat tersebut maka kiblat diganti mengarah ke Kaabah di Mekah dan kekal hingga kini. Kiblat penting bukan saja sebagai arah solat semata-mata tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih ( untuk korban mengikut ajaran Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selain itu selepas meninggal dunia , seseorang Islam mesti dikebumikan dengan menghadap ke arah kiblat. Begitulah indah Islam yang mengajar umatnya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan demi kesejahteraan umat khususnya.

Menghadap kiblat merupakan syarat sah solat. Ini disepakati oleh imam emapat mazhab iaitu Imam Maliki, Hanafi, Stafie dan Hambali. Imam Syafie pernah menulis dalam kitab Al-Umm bahawa walaupun solat itu fardu untuk setiap orang muslim tetapi bahawa lebih sempurna pada mengadap kiblat ke Baitullah melainkan pada dua kelakuan yang telah Allah izinkan iaitu

  • Ketika bersangatan takut pada perang yang harus iaitu seperti perang muslimin melawan kafir harbi atau perang pemerintah yang adil menentang penderhaka. Apabila solat mereka tidak mengadap kiblat maka tidak wajib mengulang atau menqada' solat itu. ( maksud mengulang ialah diulang solat dalam waktu dan maksud qada' ialah melakukan solat di luar waktu)
  • Sembahyang sunnat musafir di atas kenderaan dengan syarat musafir yang harus, maka tidak harus sembahyang sunnat musafir dengan tidak mengadap kiblat bagi mereka yang hendak bermusafir kerana hendak membuat maksiat


Kenapa Umat Islam Perlu Mengadap Kiblat Ketika Solat?

Saudaraku. Apabila saya ajukan soalan kepada beberapa orang murid Islam d isekolah ke arah mana kita mengadap ketika solat. Ramai yang mampu menjawab kiblat. Akan tetapi apabila ditanya di mana kiblat kamu. Jawapan mereka amat menyedihkan. Ada yang menjawab ikut television, ada juga yang mengatakan di mana-mana dan bermacam lagi. Salah siapakah ini? Salah ibu bapa atau salah guru agama atau salah murid itu sendiri.

Kiblat merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah. Dalam amalan agama Islam solat mesti mengadap Kaabah. Perlu diingatkan bahawa Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya. Kaabah hanya titik rujukan untuk solat. Cuba bayangkan jika solat itu tidak ada kiblatnya, ada yang solat saling berhadaapan dan ada yang solat saling membelakangi. Situasi ini akan menonjolkan ketidak sempurnaan agama Islam, sedang Islam adalah agama yang paling sempurna.

Oleh itu marilah kita sama-sama mewar-warkan kepada anak-anak dan saudara kita tentang kiblat dalam Islam. Jangan hanya tahu menyebut perkataan kiblat tidak tahu maksud dan kedudukannya.

Wednesday, March 31, 2010

Syukur...Syukur.....Syukur!




Apabila bulan Rabiul Awal muncul maka masjid dan surau di seluruh Negara pasti meriah dengan sambutan Maulidur Rasul – bulan kelahiran junjungan besar, Rasulullah. s.a.w. Beliau adalah penutup segala nabi dan semulia-mulia makhluk yang pernah diciptakan Allah. Maka sangat wajar kita memuliakan dan memeriahkan majlis kelahirannya lantas memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana menjadikan kita umat Muhammad s.a.w. Masyaallah tidak cukup dengan nikmat iman dan Islam, Allah jadikan kita umat Nabi Muhammad pula.

Cuba kita bayangkan betapa bertuah kita dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. bayangkan nabi-nabi lain tidak mampu memberi syafaat umum kepada umatnya sepertimana Nabi Muhammad s.a.w di Padang Mahsyar nanti. Dalam hadis dari Anas Bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Setiap nabi mempunyai doa-doa yang didoakan untuk umatnya, sesungguhnya aku menyimpan doaku sebagai syafaat umatku di hari kiamat”. Ya Allah betapa mulianya peribadi rRasulullah yang mana sanggup berkorban untuk umatnya walaupun beliau pernah dicaci dan dihina.

Rasa syukur memang senang kita diucapkan tetapi berapa ramai dari kita yang sering berrsyukur? Semasa kita hendakkan sesuatu, amboi bukan main lagi kita panjatkan doa agar diperkenankan doa kita tu….tapi apabila sudah dapat apa yang dihajati , ramai pula yang lupakan Allah. Pendek kata lupa hendak bersyukur. Kalau ada pun mula-mula itu bersyukur … tapi selepas itu apabila kerja semakin sibuk, doa entah ke mana, syukur jauh sekali.

Tidak bererti harta kekayaan kalau jiwa miskin, rumah lapang tetapi hati sempit, berilmu pengetahuan tetapi berpekerti buruk, berpangkat tinggi tetapi hidup dalam kebencian orang, beristeri cantik ( atau bersuami macho) tetapi hati susah, harta menimbun-nimbun tetapi hati susah, harta menimbun tetapi badan memaanjang sakit dan paling teruk semua kekayaan yang kita punya tidak membawa erti apa-apa jika kita tidak pandai bersyukur.

Adakah kita mengetahui bahawa kesenangan tubuh terletak pada sedikit makan. Kesenangan jiwa terletak dalam sedikit berbuat buruk. Kesenangan hati pula terletak pada sedikit kepentingan. Kesenangan lidah terletak pada sedikit berbicara yang bukan—bukan dan kesenangan nikmat adalah apabila kita pandai BERSYUKUR.

Dan ingatlah jika Allah mahu mendidik manusia, maka diturunkannya kesusahan kerana itu tandanya Allah masih ingat kepada kita. Itulah yang sering saya katakana kepada anak saya apabila mereka ditimpa kesakitan. Ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa syukur itu adalah nikmat daripada Allah yang dianugerahkan kepada kita.

Oleh itu bersyukurlah jika kita ditimpa kesusahan kerana itu tandanya Allah masih ingat pada kita. Kesimpulannya, syukur juga adalah milik Allah dan bukan milik kita kerana tanpa Allah siapalah kita. Syukur...syukur ya Allah

Friday, March 26, 2010

Bersimpatilah Kepada Golongan Peminta





Islam menjelaskan bahawa kebaikan itu berada di tangan yang disebelah di atas iaitu tangan yang dermawan, berbanding tangan yang disebelah bawah dengan erti tangan yang disebelah bawah erti tangan yang menadah sebagai peminta.

Meskipun begitu, tidak seorang ingin menjadikan identiti peminta itu sebagai cara hidup, kecuali lantaran kesempitan hidup yang terlalu membelenggu hingga pada jangka waktu yang singakat penyelesaiannya hanyalah dengan pertolongan orang lain.

Seorang yang dalam keadaan demikian terpaksa melupakan tentang hinanya hidup yang terpaksa meminta-minta jika berhutang pun tiada siapa yang akanpercaya, pasti orang merasa sangsi tentang keupayaan untuk membayar kembali hutang tersebut. oleh itu cara yang sesuai ketika itu tidak lain dari meminta pertolongan dengan sesiapa jua yang bersimpati.

Atas nama persaudaraan Islam dan juga kemanusian maka tidak wajar dipersoalkan peribadi peminta sedekah yang muncul di pintu rumah kita, walaupun pada pandangan kasar, si peminta masih sihat dan boleh berusaha.

Seorang dermawan perlu memikirkan bahawa jangan dibiarkan peminta sedekah itu beredar meninggalkan pintu rumah kita dengan tangan kosong, tanpa mendapat sebarang simpati. rasulullah pernah mengingatkan seorang sahabat yang bernama Ummu Bujaidin.

Kata Ummu Bujaidin " suatu hari aku meminta nasihat rasulullahtentang tok fakir yang berdiri terpacak di depan pintu rumahku. "Aku terpegun berdiri dihadapn tok fakir itu sehingga aku sendiri merasa malu kerana tidaak ada apa yang dapat aku berikan kepadanya. Namun aku tidak sampai hati nak suruh tok fakir itu beredar dari rumahku.

Lalu Rasulluah menasihatiku : " Berilah apa yang terdaya, walaupun hanya kaki kambing yang sudah di bakar, namun tidak baik membiarkan tok fakir beredar dengan hampa".

Rasullullah menganjurkan agar seseorang itu menghulurkan bantuan dengan apa cara sekalipun kaki kambing itu tulang yang dibaluti kulit tanpa sebarang daging yang boleh digigit dan kunyah oleh tok fakir. Itu hanyalah satu contoh yang menganjurkan agar kita berikhtiar cari apa jua yang boleh diberikan, walaupun secawan beras dan seumpamanya.

Demikian antara ciri akhlak Islam yang diajarkan oleh Rasulullah. Betapa pentingnya bersifat penyantun dan bermurah hati terutama terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti tok fakir yang diceritakan oleh Ummu Bujaidin itu. Sebarang pemberian walaupun terlalu kecil dan tidak berharga , namun ia amat bernilai jika dikaji dari sudut hubungan dan kemanusian antara muslimin dan sesama insan.

Sifat saling membantu ini merupakan suatu rukun masyarakat bagi mencapai keamanan dalam hubungan insan. Jika semua manusia ingin membantu sandaranya, maka tidak timbul sifat tamak dan niat jahat untuk mengambil harta orang lain tanpa izin seperti mencuri dan merampas kerana jika ia memerlukan pertolongan harta nescaya ia alan mendapat pertolongan tersebut.


Bagaimanapun si peminta sedekah itu janganlah mengambil kesempatan dari sikap murah hati itu sehingga terus menerus menggantungkan harapan hidupnya dari pemberian orang lain, tanpa membuat sesuatu usaha yang lebih mulia dengan berusaha bekerja walaupun mengambil upah memotong rumput, mencuci kereta, apatah lagi ia memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan modal yang diperolehi dari pertolongan orang lain misalnya.

Dari sebuah hadis Rasulullah menggambarkan betapa hodohnya sikap orang yang suka meminta sedekah, diakhirat kelak dia dibangkitkan di padang Mahsyar dalam keadaan mukanya tidak berdaging hanya tulang tengkorak semata-mata. Oleh itu jangan jadikan meminta sedekah sebagai cara hidup.

Sesungguhnya para nabi itu mencari rezeki dari titik peluhnya sendiri, sperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah berternak kambing atau berniaga.