Selamat datang ke blog redhamu ku cari, semoga kandungan blog ini dapat memimpin muslimin dan muslimat ke jalan kebenaran. Dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali. Oleh itu marilaha kita beribadat supaya kita tergolong dikalangan yang orang yang di redhai-Nya.

Wednesday, April 14, 2010

Aira Mata Insan Mana Nilainya..........

Pernahkah anda menangis, apakah punca dan sebabnya. Sebagai manusia menangis adalah fitrah semulajadi bagikita kerana tangisan kadang-kadang dapat memberikan kita kelegaan ketika kita berada dalam keadaan runsing. Tangisan dan ketawa adalah sesuatu yang Allah jadikan untuk kita. Saya telah melihat banyak air mata mengalir di dunia ini umpamanya diri saya sendiri. Air mata saya akan mengalir sendiri apabila berada dalam situasi hiba dan sedih. Selain itu air mata saya juga akan mengalir jika teringat kedua ibu bapa saya maklumlah saya mencari nafkah di rantau orang. Terkadang saya terfikir mata yang kecil ini tidak pernah kering dengan air mata. Begitulah agungnyua ciptaanmu untuk kami yan Allah.

Menurut Ibn Qayyim ada beberapa jenis tangisan di kalangan kita. Antaranya ialah :

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2. Menanangis kerana rasa takut
3. Menangis kerana rasa cinta
4. Menangis kerana gembira
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
6. Menangis kerana terlalu sedih
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
10.Menangis orang munafiq yakni purakerana takut kepada azab Allah-pura menangis

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja pada mata kita tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka. Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana kita takut kepaada Allah. Kita menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan bila kita takut kepadaa azab Allah juga sangat bernilai disisi-Nya. Ini adalah kerana tangisan tersebut mampu memadamkan api neraka.

Ada juga tangisan yang tidak bernilai disi Allah , malah kadangk mendapat kemurkaan Allah. Antaranya ialah:-

1. Menangis tengok filem Hindustan
2. Menangis sehingga meratap dan memukul badan
3. Merobek pakaian apabila da kematian

Oleh marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dam memastikan bahawa selepas membaca artikel ini air mata yang diitiskan hanyalah untukmu ya Rabbi.

No comments:

Post a Comment