Isu kiblat orang Islam pernah menjadi topik perbincangan dalam laman web "Sabah Forum". Banyk jawapan yang diberikan tetapi tidak dapat memuaskan hati si penanya. Lalu saya terpanggil untuk menulis artikel tentang kiblat.
Perkataan kiblat itu memang selalu didengar oleh umt Islam. Akan tetapi apabila diajukan soalan kenapa umat Islam mesti solat mengadap kiblat ramai tidak mampu untuk menjawab dengan baik. Situasi ini membolehkan orang kafir memperlekehkan umat Islam. Oleh itu umat Islam bangunlah berjihad dan jangan biarkan agama Islam di hina.
Kiblat atau dieja qiblat, merujuk kepada arah Kaabah yang menjadi titik arah sembahyang bagi orang Islam. Pada mulanya kiblat mengarah ke Baitul Muqaddis atau Jerusslam, namun pada tahun 624 diganti menjadi mengarah ke Kaabah di Mekah.
Ya saudara-saudaraku! Menurut Ibn Kathir pada mulanya Nabi menghadap ke Masjidil Agsa selama berbelas bulan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. Namun orang kafir itu tidak juga lembut dan suka kepada Islam. Maka bertambah-tambahlah dihati rasulullah s.a.w sukakan kiblat tok neneknya Nabi Ibrahim iaitu Kaabah. Oleh itu Nabi sering solat diantara dua sudut Kaabah sehingga Kaabah berada diantara beliau dan Baitul Muqaddis. Dengan demikian beliau solat sekaligus mengadap Baitul Muqaddis dan Kaabah.
Setelah hijrah ke Madinah hal tersebut tidak mungkin berlaku lagi. Beliau solat menghadap Baitul Muqaddis seperti yang diperintahkan. Semasa solat beliau sering memandang ke langit menanti wahyu turun agar Kaabah di jadikan kiblat solat. Maka Allah pun mengabulkan permintaannya dengan menurunkan ayat 144 surah al Baqarah:
Sesungguhny Kami (sering) melihat mukamu sering memandang ke langit, maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah muka mu ke Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berasa maka palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberkan kepadanya Al - Kitab ( Taurat dan Injil) memang mengetahui bahawa berpaling ke Masjidil Haram adalah benar dari Tuhannya. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.( Maksunya ialah Nabi Muhammad sering melihat ke langit dan ternanti-nanti turunnya wahyu yang memerintahkan beliau mengadap ke Baitullah.
Dengan turunnya ayat tersebut maka kiblat diganti mengarah ke Kaabah di Mekah dan kekal hingga kini. Kiblat penting bukan saja sebagai arah solat semata-mata tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih ( untuk korban mengikut ajaran Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selain itu selepas meninggal dunia , seseorang Islam mesti dikebumikan dengan menghadap ke arah kiblat. Begitulah indah Islam yang mengajar umatnya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan demi kesejahteraan umat khususnya.
Menghadap kiblat merupakan syarat sah solat. Ini disepakati oleh imam emapat mazhab iaitu Imam Maliki, Hanafi, Stafie dan Hambali. Imam Syafie pernah menulis dalam kitab Al-Umm bahawa walaupun solat itu fardu untuk setiap orang muslim tetapi bahawa lebih sempurna pada mengadap kiblat ke Baitullah melainkan pada dua kelakuan yang telah Allah izinkan iaitu

- Ketika bersangatan takut pada perang yang harus iaitu seperti perang muslimin melawan kafir harbi atau perang pemerintah yang adil menentang penderhaka. Apabila solat mereka tidak mengadap kiblat maka tidak wajib mengulang atau menqada' solat itu. ( maksud mengulang ialah diulang solat dalam waktu dan maksud qada' ialah melakukan solat di luar waktu)
- Sembahyang sunnat musafir di atas kenderaan dengan syarat musafir yang harus, maka tidak harus sembahyang sunnat musafir dengan tidak mengadap kiblat bagi mereka yang hendak bermusafir kerana hendak membuat maksiat
Kenapa Umat Islam Perlu Mengadap Kiblat Ketika Solat?
Saudaraku. Apabila saya ajukan soalan kepada beberapa orang murid Islam d isekolah ke arah mana kita mengadap ketika solat. Ramai yang mampu menjawab kiblat. Akan tetapi apabila ditanya di mana kiblat kamu. Jawapan mereka amat menyedihkan. Ada yang menjawab ikut television, ada juga yang mengatakan di mana-mana dan bermacam lagi. Salah siapakah ini? Salah ibu bapa atau salah guru agama atau salah murid itu sendiri.
Kiblat merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah. Dalam amalan agama Islam solat mesti mengadap Kaabah. Perlu diingatkan bahawa Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya. Kaabah hanya titik rujukan untuk solat. Cuba bayangkan jika solat itu tidak ada kiblatnya, ada yang solat saling berhadaapan dan ada yang solat saling membelakangi. Situasi ini akan menonjolkan ketidak sempurnaan agama Islam, sedang Islam adalah agama yang paling sempurna.
Oleh itu marilah kita sama-sama mewar-warkan kepada anak-anak dan saudara kita tentang kiblat dalam Islam. Jangan hanya tahu menyebut perkataan kiblat tidak tahu maksud dan kedudukannya.
No comments:
Post a Comment